Tapi nampaknya masih belum ada yang mampu memiliki pulau sendiri seperti selebriti Hollywood.
Johnny Deep
Little Hall's Pond Cay, Bahamas
Semasa melakukan penggambaran filem 'Pirates of the Carribean' di Bahamas, aktor terkenal ini merasa sangat tertawan dengan kepulauan tersebut. Jadi pada tahun 2004, dia membeli Little Hall's Pond Cay dengan harga USD$3.6 juta yang terletak di Kepulauan Exuma, sebuah pulau yang terpisah dan tersorok daripada dunia glamornya dan yang penting dapat memisahkan dirinya daripada golongan paparazzi yang sentiasa memburu beliau. Dia pernah menawarkan pulau ini untuk dipinjamkan kepada aktres bermasalah, Lindsay Lohan.
Leonardo diCaprio
Blackadore Cay, Belize
Pada tahun 2005, pelakon kacak yang juga seorang pejuang alam sekitar bersama-sama dengan seorang lagi rakannya telah membeli Blackadore Cay, sebuah pulau dengan keluasan 104 ekar yang terletak diantara tanah besar Belize dan juga Ambergris Caye yang sebenarnya terletak tidak jauh dari Terumbu Karang Barrier. Harga untuk memiliki pulau tersebut ialah USD$1.75 juta. Dia pernah menyatakan hasrat untuk membina resort yang mesra alam disitu sebagai contoh pembangunan yang tidak merosakkan alam sekitar.
John Lennon
Pulau Dorinish, Ireland
John Lennon telah membeli pulau berkeluasan 19 ekar ini dengan harga hanya USD$2,600 pada tahun 1967 dan mengikut cadangan asalnya, dia ingin menggunakan pulau tersebut sebagai kawasan percutian peribadi. Namun, rancangannya tidak pernah menjadi kenyataan. Apabila John Lennon meninggal dunia, balunya, Yoko Ono telah menjual pulau tersebut dan wang yang diperolehi telah didermakan kepada badan amal kanak-kanak di Ireland. Namun, pada tahun 2012 yang lalu, Pulau Dorinish dikatakan sedia untuk dijual semula.
Mel Gibson
Pulau Mago, Fiji
Pulau yang besar ini telah dibeli oleh aktor tersohor, Mel Gibson pada tahun 2005 dengan harga USD$9 juta. Pulau ini memiliki keluasan 5,400 ekar. Uniknya, pulau ini adalah salah satu daripada pulau milik persendirian paling besar yang ada di Pasifik Selatan. Menurut Mel Gibson, dia tidak berniat untuk membina rumah yang besar disitu kerana mahu memelihara alam semulajadi malah, tiada seorang pun penghuni yang menetap disitu.
Faith Hill dan Tim McGraw
Goat Cay, Bahamas
Pasangan penyanyi dalam genre country ini juga telah membeli pulau mereka sendiri. Walaupun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar pembelian, namun pulau yang berkeluasan 17 ekar itu akan dibina dengan rumah yang berkeluasan 15,000 kaki persegi siap dengan menara pemandangannya sendiri selain 3 buah rumah yang lebih kecil untuk pekerja dan pengurus mereka.
Ricky Martin
Pulau yang terletak di Angra dos Reis, Brazil
Walaupun pulau yang dibeli dengan harga USD$8 juta oleh Ricky Martin pada tahun 2008 ini tidak diketahui lokasinya, namun ia diberitakan adalah sebuah pulau dengan resort yang mewah dan terletak di Angra dos Reis di luar perairan Rio de Janeiro. Lokasi itu sememangnya terkenal sebagai kawasan golongan elit.
Eddie Murphy
Roaster Cay, Bahamas
Eddie Murphy pernah digelar sebagai pelakon Hollywood yang mendapat bayaran berlebih-lebihan dan tidak setanding dengan lakonannya. Namun, pada tahun 2007, dia telah membeli sebuah pulau berdekatan Nassau yang berharga USD$15 juta. Pulau ini seluas 15.4 ekar namun tidak dapat dipastikan sama ada Eddie akan menggunakannya untuk tujuan peribadi ataupun mahu membina resort di pulau tersebut.
David Copperfield
Musha Cay, Bahamas
Jika selebriti lain memilih untuk membeli sebuah pulau, David Copperfield pula membeli segugusan 11 pulau yang membentuk Kepulauan Musha dengan harga USD$50 juta. Dengan menambah sebanyak USD$30 juta lagi, David telah membina sebuah resort seluas 700 ekar disitu untuk kegunaannya sendiri dan turut disewakan. Kos menyewa bagi tempoh seminggu dikatakan mencecah USD$265,000!
Celline Dion
Ile Gagnon, Quebec
Celline Dion turut memiliki sebuah pulau berdekatan Montreal di Sungai Mille Iles. Namun, pada tahun 2012, Celline Dion telah meletakkan pulau tersebut bersama-sama rumah yang dibina disitu untuk dijual dengan harga USD$29.3 juta. Harga tersebut termasuklah segala barangan yang ada didalam rumah tersebut.
(sumber)